وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا ﴿١﴾
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Surah ke-91 dalam Al-Quran
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا ﴿١﴾
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ﴿٢﴾
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ﴿٣﴾
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا ﴿٤﴾
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا ﴿٥﴾
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا ﴿٦﴾
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
وَنَفْسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا ﴿٧﴾
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا ﴿٨﴾
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ﴿٩﴾
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ﴿١٠﴾
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَىٰهَآ ﴿١١﴾
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا ﴿١٢﴾
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَٰهَا ﴿١٣﴾
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا ﴿١٤﴾
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
وَلَا يَخَافُ عُقْبَٰهَا ﴿١٥﴾
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.
Surah Ash-Shams (الشمس) ialah surah ke-91 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 15 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.
Namanya, الشمس, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.
Surah Ash-Shams mempunyai 15 ayat.
Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.
Surah Ash-Shams terletak dalam Juzuk 30.
Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.