Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-92 dalam Al-Quran

Surah Al-Layl

Makkiyyah 21 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ ﴿١﴾

Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),

وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ ﴿٢﴾

Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ ﴿٣﴾

Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -

إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ ﴿٤﴾

Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ ﴿٥﴾

Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -

وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ ﴿٦﴾

Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,

فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ ﴿٧﴾

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسْتَغْنَىٰ ﴿٨﴾

Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -

وَكَذَّبَ بِٱلْحُسْنَىٰ ﴿٩﴾

Serta ia mendustakan perkara yang baik,

فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْعُسْرَىٰ ﴿١٠﴾

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ ﴿١١﴾

Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ ﴿١٢﴾

Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).

وَإِنَّ لَنَا لَلْءَاخِرَةَ وَٱلْأُولَىٰ ﴿١٣﴾

Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.

فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًۭا تَلَظَّىٰ ﴿١٤﴾

Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,

لَا يَصْلَىٰهَآ إِلَّا ٱلْأَشْقَى ﴿١٥﴾

Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -

ٱلَّذِى كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿١٦﴾

Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.

وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى ﴿١٧﴾

Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -

ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ ﴿١٨﴾

Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍۢ تُجْزَىٰٓ ﴿١٩﴾

Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ ﴿٢٠﴾

Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;

وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ ﴿٢١﴾

Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

Al-Layl Ayat 1 daripada 21

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah Al-Layl

Surah Al-Layl (الليل) ialah surah ke-92 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 21 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, الليل, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah Al-Layl

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Layl?

Surah Al-Layl mempunyai 21 ayat.

Adakah Surah Al-Layl Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah Al-Layl terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah Al-Layl terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah Al-Layl?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.