إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ﴿١﴾
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Surah ke-99 dalam Al-Quran
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ﴿١﴾
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ﴿٢﴾
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا ﴿٣﴾
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴿٤﴾
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ﴿٥﴾
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ ﴿٦﴾
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ﴿٧﴾
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ﴿٨﴾
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.
Surah Az-Zalzalah (الزلزلة) ialah surah ke-99 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 8 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Madaniyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan selepas hijrah Nabi ke Madinah.
Namanya, الزلزلة, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.
Surah Az-Zalzalah mempunyai 8 ayat.
Ia dikelaskan sebagai surah Madaniyyah.
Surah Az-Zalzalah terletak dalam Juzuk 30.
Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.