Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-95 dalam Al-Quran

Surah At-Tin

Makkiyyah 8 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

بِّسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ ﴿١﴾

Demi buah Tiin dan Zaitun,

وَطُورِ سِينِينَ ﴿٢﴾

Dan Gunung Tursina,

وَهَٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ ﴿٣﴾

Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍۢ ﴿٤﴾

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ ﴿٥﴾

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۢ ﴿٦﴾

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ ﴿٧﴾

(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَٰكِمِينَ ﴿٨﴾

Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

At-Tin Ayat 1 daripada 8

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah At-Tin

Surah At-Tin (التين) ialah surah ke-95 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 8 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, التين, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah At-Tin

Berapakah bilangan ayat dalam Surah At-Tin?

Surah At-Tin mempunyai 8 ayat.

Adakah Surah At-Tin Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah At-Tin terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah At-Tin terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah At-Tin?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.