Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-96 dalam Al-Quran

Surah Al-'Alaq

Makkiyyah 19 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥﴾

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ ﴿٦﴾

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ ﴿٧﴾

Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ ﴿٨﴾

(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ ﴿٩﴾

Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ ﴿١٠﴾

Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ ﴿١١﴾

Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ ﴿١٢﴾

Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ ﴿١٣﴾

Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ ﴿١٤﴾

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ ﴿١٥﴾

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

نَاصِيَةٍۢ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ ﴿١٦﴾

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ ﴿١٧﴾

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ ﴿١٨﴾

Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

96:19 Ayat sajdah

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩ ﴿١٩﴾

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Al-'Alaq Ayat 1 daripada 19

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah Al-'Alaq

Surah Al-'Alaq (العلق) ialah surah ke-96 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 19 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, العلق, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah Al-'Alaq

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-'Alaq?

Surah Al-'Alaq mempunyai 19 ayat.

Adakah Surah Al-'Alaq Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah Al-'Alaq terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah Al-'Alaq terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah Al-'Alaq?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

WhatsApp