Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-101 dalam Al-Quran

Surah Al-Qari'ah

Makkiyyah 11 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلْقَارِعَةُ ﴿١﴾

Hari yang menggemparkan,

مَا ٱلْقَارِعَةُ ﴿٢﴾

Apa dia hari yang menggemparkan itu?

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْقَارِعَةُ ﴿٣﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -

يَوْمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ كَٱلْفَرَاشِ ٱلْمَبْثُوثِ ﴿٤﴾

(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

وَتَكُونُ ٱلْجِبَالُ كَٱلْعِهْنِ ٱلْمَنفُوشِ ﴿٥﴾

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ ﴿٦﴾

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -

فَهُوَ فِى عِيشَةٍۢ رَّاضِيَةٍۢ ﴿٧﴾

Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ ﴿٨﴾

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -

فَأُمُّهُۥ هَاوِيَةٌۭ ﴿٩﴾

Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا هِيَهْ ﴿١٠﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

نَارٌ حَامِيَةٌۢ ﴿١١﴾

(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

Al-Qari'ah Ayat 1 daripada 11

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah Al-Qari'ah

Surah Al-Qari'ah (القارعة) ialah surah ke-101 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 11 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, القارعة, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah Al-Qari'ah

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Qari'ah?

Surah Al-Qari'ah mempunyai 11 ayat.

Adakah Surah Al-Qari'ah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah Al-Qari'ah terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah Al-Qari'ah terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah Al-Qari'ah?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

WhatsApp