Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-88 dalam Al-Quran

Surah Al-Ghashiyah

Makkiyyah 26 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ ﴿١﴾

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ ﴿٢﴾

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ ﴿٣﴾

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ ﴿٤﴾

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ ﴿٥﴾

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ ﴿٦﴾

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ ﴿٧﴾

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ ﴿٨﴾

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ ﴿٩﴾

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ ﴿١٠﴾

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةًۭ ﴿١١﴾

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ ﴿١٢﴾

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ ﴿١٣﴾

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ ﴿١٤﴾

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ ﴿١٥﴾

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ ﴿١٦﴾

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ﴿١٧﴾

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ ﴿١٨﴾

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ ﴿١٩﴾

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ﴿٢٠﴾

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ ﴿٢١﴾

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ ﴿٢٢﴾

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ﴿٢٣﴾

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ ﴿٢٤﴾

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ ﴿٢٥﴾

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم ﴿٢٦﴾

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Al-Ghashiyah Ayat 1 daripada 26

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah Al-Ghashiyah

Surah Al-Ghashiyah (الغاشية) ialah surah ke-88 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 26 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, الغاشية, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah Al-Ghashiyah

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Ghashiyah?

Surah Al-Ghashiyah mempunyai 26 ayat.

Adakah Surah Al-Ghashiyah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah Al-Ghashiyah terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah Al-Ghashiyah terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah Al-Ghashiyah?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

WhatsApp