أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ﴿١﴾
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Surah ke-107 dalam Al-Quran
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ﴿١﴾
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ ﴿٢﴾
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ ﴿٣﴾
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿٤﴾
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥﴾
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ﴿٦﴾
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ ﴿٧﴾
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.
Surah Al-Ma'un (الماعون) ialah surah ke-107 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 7 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.
Namanya, الماعون, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.
Surah Al-Ma'un mempunyai 7 ayat.
Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.
Surah Al-Ma'un terletak dalam Juzuk 30.
Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.