Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-84 dalam Al-Quran

Surah Al-Inshiqaq

Makkiyyah 25 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ ﴿١﴾

Apabila langit terbelah,

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ﴿٢﴾

Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;

وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ ﴿٣﴾

Dan apabila bumi diratakan,

وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ ﴿٤﴾

Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ﴿٥﴾

Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًۭا فَمُلَٰقِيهِ ﴿٦﴾

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ﴿٧﴾

Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًۭا يَسِيرًۭا ﴿٨﴾

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًۭا ﴿٩﴾

Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ ﴿١٠﴾

Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًۭا ﴿١١﴾

Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿١٢﴾

Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا ﴿١٣﴾

Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ﴿١٤﴾

Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !

بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًۭا ﴿١٥﴾

(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ ﴿١٦﴾

Maka Aku bersumpah, demi mega;

وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ ﴿١٧﴾

Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ ﴿١٨﴾

Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍۢ ﴿١٩﴾

Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿٢٠﴾

Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?

84:21 Ayat sajdah

وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ ﴿٢١﴾

Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ ﴿٢٢﴾

(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ ﴿٢٣﴾

Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢٤﴾

Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ ﴿٢٥﴾

Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Al-Inshiqaq Ayat 1 daripada 25

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah Al-Inshiqaq

Surah Al-Inshiqaq (الانشقاق) ialah surah ke-84 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 25 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, الانشقاق, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah Al-Inshiqaq

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Inshiqaq?

Surah Al-Inshiqaq mempunyai 25 ayat.

Adakah Surah Al-Inshiqaq Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah Al-Inshiqaq terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah Al-Inshiqaq terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah Al-Inshiqaq?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

WhatsApp