Muslim Flow sedang diuji dan akan hadir di Google Play tidak lama lagi. Muat turun

Surah ke-86 dalam Al-Quran

Surah At-Tariq

Makkiyyah 17 ayat Juzuk 30

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ﴿١﴾

Demi langit dan "At-Taariq"; -

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ ﴿٢﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -

ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ ﴿٣﴾

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

إِن كُلُّ نَفْسٍۢ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌۭ ﴿٤﴾

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ ﴿٥﴾

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

خُلِقَ مِن مَّآءٍۢ دَافِقٍۢ ﴿٦﴾

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ ﴿٧﴾

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌۭ ﴿٨﴾

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ ﴿٩﴾

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍۢ وَلَا نَاصِرٍۢ ﴿١٠﴾

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ ﴿١١﴾

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ ﴿١٢﴾

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

إِنَّهُۥ لَقَوْلٌۭ فَصْلٌۭ ﴿١٣﴾

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ ﴿١٤﴾

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ﴿١٥﴾

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ﴿١٦﴾

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

فَمَهِّلِ ٱلْكَٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ﴿١٧﴾

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

At-Tariq Ayat 1 daripada 17

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah At-Tariq

Surah At-Tariq (الطارق) ialah surah ke-86 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 17 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, الطارق, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah At-Tariq

Berapakah bilangan ayat dalam Surah At-Tariq?

Surah At-Tariq mempunyai 17 ayat.

Adakah Surah At-Tariq Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah At-Tariq terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah At-Tariq terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah At-Tariq?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Abdur-Rahman As-Sudais, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

WhatsApp