Asas zakat barang dagangan
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik” (Al-Quran 2:267). Para ulama memahami bahawa ini termasuk apa yang diperoleh orang daripada perniagaan. Allah juga memerintahkan Rasul-Nya: “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” (Al-Quran 9:103).
Kebanyakan ulama daripada empat mazhab berpendapat bahawa zakat wajib atas barang dagangan, dan ada yang meriwayatkan adanya kesepakatan tentang perkara ini. Segelintir ulama, seperti mazhab Zahiri, tidak berpendapat demikian. Baki rencana ini mengikut pendirian majoriti.



