Banyakkan mengingati Allah
Allah berfirman: “ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya” (Al-Quran 33:41). Dia juga berfirman bahawa hati menjadi tenang dengan mengingati Allah (Al-Quran 13:28). Zikir tidak terhad kepada waktu atau tempat tertentu, dan ia boleh dilakukan sambil berdiri, duduk atau berjalan, dengan wuduk atau tanpa wuduk, dan dengan kata-kata anda sendiri dalam apa jua bahasa, di samping lafaz bahasa Arab yang diajarkan oleh Nabi ﷺ.
Antara bentuk zikir yang paling bermanfaat ialah ungkapan-ungkapan pendek berikut, kerana ia mudah diingati dan Nabi ﷺ memuji kelebihannya.



