Siapakah Luqman?
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah” (Al-Quran 31:12). Al-Quran tidak menyebut kaumnya, zamannya atau pekerjaannya. Kebanyakan ulama berkata bahawa dia seorang lelaki yang soleh dan bijaksana, dan bukan seorang nabi, manakala segelintir berkata dia seorang nabi.
Hikmah yang Allah berikan kepadanya bermula dengan kesyukuran. Allah menambah bahawa sesiapa yang bersyukur, dia bersyukur untuk faedah dirinya sendiri, dan bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji (Al-Quran 31:12).



